Sunday 22 April 2012

K.E. MANUFACTURING SDN BHD

EFFECTIVE SUPERVISORY SKILLS



Terima kasih kepada semua peserta program Supervisory Skills kerana penglibatan program selama 4 hari bermula pada 23 - 26 April 2012 bertempat di bilik latihan K.E. Manufacturing Sdn Bhd. Pengisian program selama 4 hari ini bermula dengan Action Name bagi mengenali peserta dan mengenali rakan-rakan yang lain. Action Name lebih kepada sesi suaikenal. Seterusnya LDK Paper Aeroplane telah dijalankan oleh semua peserta bagi modul "Change Mind Set". Ini lebih kepada untuk membuka minda peserta agar berfikir diluar daripada kotak. Seterusnya modul yang disentuh di dalam program Supervisory Skills adalah lebih kepada bagaimana menjadi supervisor yang efektif dan lebih berkesan. Antara LDK yang telah di bentuk bagi memantapkan lagi program ini ialah "Miracle of Egg", Paper Aeroplane dan Crazy Rope. 



Thursday 12 April 2012

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PROGRAM TEAMBUILDING

Assalamualaikum kepada Peserta Program Teambuilding UTHM yang telah berlangsung pada 6 - 8 April 2012 di Twin Beach Resort, Pulau Sibu. Pihak Vision ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana bersama-sama menjayakan program Teambuilding selama 3 Hari 2 Malam. 

Program telah disertai oleh seramai 54 Orang peserta yang terdiri daripada Dekan, Prof. Madya, Prof., Dr, Pihak pengurusan dan semua anggota pekerja. Peserta telah berkumpul di Jeti Tanjung Leman untuk terus menuju ke Twin Beach Resort, Pulau Sibu. Sampai sahaja di Twin Beach pihak kami terus sahaja membahagikan penginapan dan terus ke Dewan bagi memulakan modul yang telah dirancang. Program bermula dengan sesi taaruf dalam konsep "Action Name". Seterusnya di ikuti dengan sesi pembentangan kumpulan dan ceramah. Pada sebelah malam program seterusnya ialah "Walk On Fire" dimana konsep ini lebih kepada merubah paradigma dan berfikir di luar kotak. Peserta telah menjalankan aktiviti "Walk on Fire" dengan berjaya. 

Program pada hari 2 diteruskan lagi dengan Sesi Kuliah dan Senaman Pagi. Seterusnya peserta mendengar sedikit slot daripada Tuan Haji Norisham Kasmuni dan satu sesi LDK dipanggil "Trust Fall". Trust Fall ini lebih kepada meningkatkan daya diri dan kepercayaan dan sokongan rakan-rakan. Pada sebelah petang pula modul seterusnya lebih kepada mengenali siapa diri dan kekuatan diri kita melalui sesi LDK pecah buah keras dan berdiri Atas Telur. Peserta didedahkan kepada sifat buah keras dan telur yang mana peserta diminta memecahkan buah keras dan berdiri atas telur. Semua peserta telah menjalani LDK ini dengan jayanya. Modul Refleksologi juga digunakan dalam Teambuilding ini bagi menilai konsep kasih sayang di kalangan peserta dan kumpulan yang masa "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Jinjing".

Pada hari ke-3 peserta telah menjalani satu LDK di panggil Snookeling bagi bersama-sama kita menikmati keindahan ciptaan Allah. 

Pihak Vision Consultant ingin mengucapkan penghargaan kepada semua peserta yang terlibat serta pengurusan UTHM yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga program ini akan dijalankan pada masa akan datang bagi membantu anggota pekerja agar lebih meningkatkan mutu kualiti kerja sejajar dengan matlamat UTHM

Wednesday 4 April 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA, MUAR

PROGRAM "SMART ENGLISH ADVENTURE CAMP"

Tahniah kepada semua pelajar SKPJ, Muar kerana penglibatan dalam menjayakan program selama 2 hari 1 malam. Peserta yang terlibat adalah seramai 130 orang terdiri daripada pelajar darjah 4, 5 dan 6. 



Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama dua hari terdiri daripada pembelajaran teori bahasa Inggeris menggunakan kaedah Dr Zul dengan lebih mudah dan berkesan. Peserta juga telah dibantu dengan menerapkan konsep pembelajaran komunikasi, pendedahan diri serta motivasi. 



Program hari pertama lebih kepada pembelajaran kaedah Dr Zul. Seterusnya pelajar di minta untuk membuat persembahan kumpulan bagi menerapkan komunikasi berkesan, confident level dan semangat kerja berkumpulan.

Seterusnya program ini lebih kepada konsep edutainmant dengan menekankan konsep nyanyian agar peserta lebih senang dan mudah berbeza daripada pembelajaran biasa. Pada sebelah malam peserta di minta membuat persembahan kumpulan dengan membuat sorakan kumpulan agar pembelajaran lebih ceria.


Pihak Vision Consultant mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Guru Besar dengan kerjasama PIBG SKPJ, Muar kerana memberi peluang kepada VC berkongsi pengalaman pembelajaran konsep mudah BI. Pihak kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru BI SKPJ kerana sentiasa terlibat dalam program selama 2 hari ini.

PUTERI SPECIALIST HOSPITAL (JOHOR) SDN BHD

KURSUS "CUSTOMER SERVICES"

Program "Customer Services" telah dijalankan pada 21 - 22 Februari 2012 bertempat di Lecture Hall, Larkin Utama Condominium. Program ini telah disertai oleh pekerja PSH daripada pelbagai department seramai 44 Orang. Pelbagai pengisian program telah dijalankan sepanjang 2 hari program. Antaranya terdiri daripada pembelajaran dalam kelas, pembentangan kumpulan, LDK dan lain-lain. 



Pihak kami ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PSH serta para peserta kerana memberi komitment sepenuhnya selama 2 hari ini bersama-sama Vision Consultant.


Monday 2 April 2012

PUTERI SPECIALIST HOSPITAL (JOHOR) SDN BHD





KURSUS KE ARAH KEPERIBADIAN CEMERLANG

Program ini telah dijalan selama 2 hari bertempat di Lecture Hall, Larkin Utama Condominium. Peserta terdiri daripada anggota pekerja PSH daripada pelbagai jawatan. Seramai 35 orang telah mengikuti kursus ini. Kursus ini lebih menekankan kepada topik-topik Pengurusan Diri Dalam Kehidupan dan Kerjaya Anda, Kerja Sebagai Ibadah, Teknik Membina Semangat Kerja Berpasukan, Teknik Komunikasi, dan Latih Amal. 

Kursus ini juga telah meliputi ceramah serta Latihan Dalan Kumpulan (LDK) agar membentuk semangat kerja berpasukan.

PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA USAHAWAN BISTARI AYAMAS


Program Keusahawanan bersama Usahawan Bistari Ayamas diteruskan lagi di Negeri Terengganu Darul Iman. Program ini telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang disertai oleh 30 orang usahawan. Pihak pengurusan telah menjemput Tuan Haji Abdul Karim Bin Mohamad, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Malaysia. Beliau merupakan orang yang paling banyak pengalaman bersama dengan usahawan bukan sahaja di Negeri Terengganu malah di seluruh Malaysia. Antara tajuk yang telah dibawa lebih kepada memberi dan tunjuk ajar kepada usahawan dalam menjadi Usahawan yang maju dan berdayasaing. Program selama sehari ini telah dipernuh isi dengan pelbagai slot yang terdiri daripada Pengurusan Kewangan dan Stok, Motivasi Usahawan, Sesi bersama Pengurusan Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd.