VISI KAMI
Visi kami adalah seiring dengan hasrat pelanggan dalam melahirkan organisasi yang sentiasa meningkat produktiviti dan kualiti.
- Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan meyakinkan para pelanggan kami.
- Membantu organisasi supaya dapat membentuk satu pasukan kerja yang bermatlamat menuju ke arah kecemerlangan diri dan organisasi.
- Membantu merancang masa depan para pelanggan kami dengan lebih baik melalui rundingan motivasi yang dijalankan.
- Membantu menerapkan semangat berdaya juang, berdaya saing, berdaya maju dan tahan didalam cabaran harian mereka.
- Menerapkan motivasi kendiri yang tinggi dan menyeronokkan dalam penekanan kearah hala tuju dan matlamat kecemerlangan diri.
- Memberikan penekanan pemokusan tentang tanggungjawab dan amanah seorang pekerja dan pemimpin.
OBJEKTIF
Program Teambuilding dan Budaya Kerja Cemerlang adalah modul yang memberikan perkhidmatan berkualiti serta meningkatkan produktiviti untuk pelanggan kami.
- Menyokong usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti bermula dari pembangunan keseluruhan aspek kendiri kearah kecemerlangan diri.
- Mengukuhkan persediaan suasana kerja dalam melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi dalam cabaran global.
- Membantu perancangan hala tuju para pelanggan melalui rundingan khidmat nasihat motivasi yang berkesan.
- Seiring dalam pembentukan masyarakat yang bermatlamat dalam persekitaran harmonis dan bermotivasi.