Latar Belakang Syarikat


         Konsep program VISION CONSULTANT yang dirancang adalah untuk membantu dan memberikan sokongan kepada sistem pendidikan khasnya kepada pihak sekolah, masyarakat dan pertubuhan kerajaan serta bukan kerajaan. Sebagai sebuah badan perunding pendidikan, latihan dan motivasi adalah menjadi matlamat utama kami membawa ‘Pembaharuan, Penambahbaikkan dan Penyempurnaan’ dalam sistem pendidikan yang berkualiti sebagai pemangkin dalam menjana kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

          Dengan memiliki tenaga kerja yang komited dan pakar dalam memberikan perkhidmatan ‘Perundingan Latihan Akademik dan Motivasi’ secara sokongan dan teknikal yang lengkap, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan terbaik kepada para pelanggan.

          Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbentuk latihan teori dan praktikal secara ‘Total Learning Experience’ yang disampaikan melalui pendekatan ‘edutainment’ yang mendekatkan diri, alam, manusia dengan Tuhan. 

          Melalui pendekatan terbaru ini, kami percaya bahawa semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan akan mendapat manfaat yang optimum dan menyeluruh dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan hidup