Monday 2 July 2012

KURSUS PARADIGMA SAHSIAH (PARAS) SIRI 6/2012
UNTUK ANGGOTA PEKERJA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Program PARAS siri 6/2012 telah diadakan di Taman Negara Johor, Tangkak, Sagil pada 26 - 28 JUN 2012. Seramai 68 peserta telah mengikuti program pada siri yang ke 6 ini. Ini merupakan siri yang paling ramai disertai oleh Jabatan di bawah Kerajaan Negeri Johor. Antara jabatan yang terlibat adalah seperti Jabatan Agama Johor, Timbalan Setia Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pengurusan Sumber Manusia, Kebun Bunga Istana, Muzium Negeri Johor dan ramai lagi. Antara modul yang ditekankan dalam program kali ini ialah seperti Action Name, Pembentukan diri, Perubahan Paradigma, Kerja Sebagai Ibadah, Pengurusan Stress, Pengurusan Masa, Modul Kerohanian, Qiammulail dan sebagainya. Program ini dimasukkan juga dengan pelbagai LDK bagi memantapkan lagi modul yang sedia ada bagi mencapai kualiti seperti Paper Aeroplane, Pukul Buah Keras, Refleksologi, Treasure Hunt, Trust Fall, Walk On Fire serta Mission Im'Possible. Pada malam kedua peserta telah diminta untuk membuat persembahan kumpulan yang dipanggil Malam 1000 budaya bagi mengasah bakat serta menilai dari segi kumunikasi berkesan dikalangan peserta. Peserta banyak diterapkan dengan nilai mengenal potensi diri, belajar semangat kerja berkumpulan, menepati masa, pembentukan kerohanian dan sebagainya.

Justeru itu pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, peserta - peserta dan urusetia yang terlibat didalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment