Tuesday 14 February 2012

KURSUS MOTIVASI KEUSAHAWANAN USAHAWAN BISTARI AYAMAS










KURSUS MOTIVASI KEUSAHAWANAN BISTARI AYAMAS NEGERI KELANTAN & PEKAN PAHANG

Pihak Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd telah menjalankan kursus motivasi usahawan bagi usahawan negeri Kelantan pada 11 Februari di Ridel Hotel Kota Baharu. Jumlah peserta terdiri daripada 20 orang peserta. Program ini mempunyai beberapa tajuk seperti pembentangan stok dan kewangan, motivasi, dan slot bersama pengurusan Ayamas. Program Motivasi telah dikendalikan oleh Vision Consultant dengan menjemput Dr Izham Nayan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Selepas daripada program di Kelantan Vision Consultant terus menjalankan program yang sama di PEKAN Pahang. Peserta di Pekan Pahang terdiri daripada 35 orang peserta.