Wednesday 4 January 2012

PROGRAM 2011

PROGRAM TEAMBUILDING


SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Pihak kami telah menjalankan program Teambuilding untuk kakitangan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 23 - 25 November 2011 di Tanjung Sutera Resort, Kota Tinggi, Johor. Peserta yang menghadiri program ini terdiri daripada semua jabatan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor antaranya Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Perpustakaan, Jabatan Agama, dan sebagainya. Pelbagai modul telah dibentuk dalam program Teambuilding ini. 


Antaranya lebih kepada LDK dan Outdoor aktiviti. Ia lebih kepada bagaimana untuk memantapkan lagi semangat kerjasama di antara individu, kumpulan dan jabatan. Kaedah komunikasi juga telah diberi pendedahan agar peserta lebih mudah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan baik. Untuk aktiviti outdoor pihak kami lebih kepada mengabungkan setiap modul dan menjadi satu bentuk Treasure Hunt aktiviti. Aktiviti dalam treasure hunt adalah berbentuk Human Knot, Rentas Halangan, Menguji Minda, Traffic Jem, Transformasi kerja, pengurusan masa, dan sebagainya.

Tuesday 3 January 2012

KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KERJA CEMERLANG

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

Pihak Vision Consultant telah dilantik untuk menjalankan kursus Transformasi Budaya Kerja Cemerlang bagi Anggota Pekerja Pejabat Ketua Menteri Melaka. Peserta terdiri daripada gred 41 dan keatas. Program ini telah dijalankan pada 29 - 30 November 2011 di MITC Melaka. Kursus telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta. Kursus ini lebih kepada menekankan konsep kerja sebagai ibadah, komunikasi, teambuilding, Keruhanian dan Peta Minda. Kursus ini lebih kepada menggunakan kaedah kelas, gerak kerja berkumpulan, LDK, dan sebagainya.