Monday 19 December 2011

Program Motivasi Keusahawanan Usahawan Bistari Ayamas

USAHAWAN BISTARI AYAMAS SDN BHD

Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd anak syarikat milik KFC Holdings (Malaysia) Berhad telah menganjurkan program Motivasi Keusahawanan untuk usahawan dibawah Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd. Program telah dijalankan di Hotel Quality Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2011 bagi Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Penceramah yang terlibat ialah En. Osman Affan yang merupakan penceramah dan motivator yang kerap kali keluar di television untuk membawa slot Motivasi Keusahawanan. 

Siri seterusnya telah diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru pada 14 Disember 2011 yang mana program yang sama telah dijalankan melibatkan usahawan di daerah Batu Pahat dan penceramah yang En. Abuayubul Ansari atau lebih dikenali sebagai Abg Abu. Abg Abu merupakan seorang motivator yang telah terkenal di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Negara Lain dalam memberi motivasi kepada masyarakat. Abg Abu juga telah menjalinkan kerjasama bersama Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi dan bersama Dr. Azizan Osman. Oleh itu banyak tips dan pendedahan telah diberi kepada usahawan untuk membentuk supaya usahawan di bawah Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd menjadi lebih lebih baik dan mencapai matlamat serta dalam menaik taraf hidup mereka dengan menjalankan program Ayamas. 

Siri seterusnya pihak UBASB telah menjalankan program di Hotel Garden Batu Pahat, Johor yang mana usahawan terdiri daripada daerah Batu Pahat, Air Hitam dan Daerah Muar. Penceramah jemputan untuk berkongsi pengalaman ialah En Samian Senin yang telah berjaya dalam perniagaannya dan peserta mendapat banyak ilmu yang telah disampaikan.

Siri seterusnya ialah di Zon Utara yang telah di jalankan di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani dimana usahawan UBASB terdiri daripada negeri Kedah, Penang dan Perak Utara. Program ini telah menjemput Dr. Izham Nayan dalam memberi slot Motivasi Keusahawanan kepada para peserta. Dr. Izham Nayan merupakan Pengarah Latihan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan kerap keluar di kaca televisyen serta Radio 24 dalam membincangkan isu semasa dan usahawan.

Siri Seterusnya di Zon Tengah yang telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia Seremban di mana usahawan UBASB terdiri daripada negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini telah mendatangkan kesan yang positif di kalangan peserta lebih-lebih lagi dalam menempuh dunia keusahawanan. Dr. Izham Nayan telah dijemput bagi Zon Tengah ini sekali lagi bagi memberi motivasi kepada usahawan.