Monday 19 December 2011

Program Motivasi Keusahawanan Usahawan Bistari Ayamas

USAHAWAN BISTARI AYAMAS SDN BHD

Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd anak syarikat milik KFC Holdings (Malaysia) Berhad telah menganjurkan program Motivasi Keusahawanan untuk usahawan dibawah Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd. Program telah dijalankan di Hotel Quality Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2011 bagi Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Penceramah yang terlibat ialah En. Osman Affan yang merupakan penceramah dan motivator yang kerap kali keluar di television untuk membawa slot Motivasi Keusahawanan. 

Siri seterusnya telah diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru pada 14 Disember 2011 yang mana program yang sama telah dijalankan melibatkan usahawan di daerah Batu Pahat dan penceramah yang En. Abuayubul Ansari atau lebih dikenali sebagai Abg Abu. Abg Abu merupakan seorang motivator yang telah terkenal di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Negara Lain dalam memberi motivasi kepada masyarakat. Abg Abu juga telah menjalinkan kerjasama bersama Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi dan bersama Dr. Azizan Osman. Oleh itu banyak tips dan pendedahan telah diberi kepada usahawan untuk membentuk supaya usahawan di bawah Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd menjadi lebih lebih baik dan mencapai matlamat serta dalam menaik taraf hidup mereka dengan menjalankan program Ayamas. 

Siri seterusnya pihak UBASB telah menjalankan program di Hotel Garden Batu Pahat, Johor yang mana usahawan terdiri daripada daerah Batu Pahat, Air Hitam dan Daerah Muar. Penceramah jemputan untuk berkongsi pengalaman ialah En Samian Senin yang telah berjaya dalam perniagaannya dan peserta mendapat banyak ilmu yang telah disampaikan.

Siri seterusnya ialah di Zon Utara yang telah di jalankan di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani dimana usahawan UBASB terdiri daripada negeri Kedah, Penang dan Perak Utara. Program ini telah menjemput Dr. Izham Nayan dalam memberi slot Motivasi Keusahawanan kepada para peserta. Dr. Izham Nayan merupakan Pengarah Latihan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan kerap keluar di kaca televisyen serta Radio 24 dalam membincangkan isu semasa dan usahawan.

Siri Seterusnya di Zon Tengah yang telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia Seremban di mana usahawan UBASB terdiri daripada negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini telah mendatangkan kesan yang positif di kalangan peserta lebih-lebih lagi dalam menempuh dunia keusahawanan. Dr. Izham Nayan telah dijemput bagi Zon Tengah ini sekali lagi bagi memberi motivasi kepada usahawan.

Monday 3 October 2011

PROGRAM "EMERGENCY RESPONE MANAGEMENT"


JOHOR LAND BERHAD

Johor Land Berhad telah menjalankan satu program "Emergency Respone Management" pada 30 September - 1 Oktober 2011 di Metropolis Tower, Johor Bahru. Program ini disertai oleh 25 orang peserta terdiri daripada Pengurus, pegawai dan Safety Committee Members. Program ini terdiri daripada Introduction to Emergency Management, The Emergency Organisation, Roles and Responsibilities, The Decision making process, Checklist/Dealing with stress dan Post incident consuderation. Program ini lebih kepada pendekatan teori, video dan latihan amali.

Thursday 22 September 2011

Program "Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control"


 HITACHI CABLE (JOHOR) SDN BHD

Hitachi Cable (Johor) Sdn Bhd telah menjalankan satu program Hazards Idetification Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) pada 21 September  dan 5 Oktober 2011 bagi kumpulan 1 bertempat di Audotorium Hitachi Cable. Program HIRARC ini adalah bertujuan untuk memberi impaks yang baik kepada syarikat terutama dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Program ini telah dijalankan selama 2 hari meliputi tajuk HIRARC Definition and concepts, Prosess of HIRARC, Hazard Idetification tools, types of hazards, Risk assessment, Analyzing risk, Evaluation of risk dan Risk control approach. Program ini telah banyak memberi pengetahuan kepada semua peserta dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja. pada hari pertama peserta telah didedahkan kepada pembelajaran tentang HIRARC dan terdapat tugasan yang diberikan untuk di bentangkan pada hari kedua dalam bentuk Power Point agar peserta lebih memahami konsep HIRARC dan di aplikasikan di Hitachi Cable (Johor) Sdn. Bhd. Program HIRARC ini terdiri daripada 2 kumpulan. Program bagi kumpulan kedua akan dijalankan pada 29 September dan 11 Oktober 2011.

Friday 19 August 2011

SALAM AIDIL FITRI DARIPADA WARGA KERJA VISION CONSULTANT

Warga Vision Consultant ingin mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal tiba tak lama lagi...semoga amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan akan terus berkekalan. Kami warga VC mengucapkan setinggi penghargaan di atas sokongan semua terhadap syarikat VC. Sepuluh jari dihulur oleh Pengarah VC serta kumpulannya di atas segala kesalahan dah kesilapan yang dilakukan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DARI PENGARAH DAN WARGA KERJA VISION CONSULTANT

Selamat Menyambut Aidil Fitri

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Wednesday 10 August 2011

Program "Safety Audit"


JCY HDD TECHNOLOGY SDN BHD (9 PLANT)

Pada 11 - 12 Ogos 2011 pihak Vision Consultant telah menjalankan program "Safety Audit" untuk JCY HDD TECHNOLOGY SDN BHD. Program selama 2 hari ini terdapat banyak tajuk yang di tekankan bagi tujuan keselamatan di tempat kerja. Ini merupakan program yang ke 4 telah dijalankan di JCY. Antara topik yang disentuh terdiri daripada "OSH MANAGEMENT SYSTEM CONCEPT", "PLANNED INSPECTION SYSTEM", "PRE-AUDIT PROCESS", "AUDIT PROCESS". Program ini terdiri daripada pembentangan slide, video, praktikal audit dan sesi soal jawab. Peserta terdiri daripada 22 Orang.

Program Safety







Pihak Vision Consultant telah menjalankan banyak program antaranya Safety Program yang pada masa kini sedang mendapat sambutan atas sebab banyak syarikat dan agensi telah menitik beratkan betapa pentingnya keselamatan di tempat kerja. Antara pelanggan terdiri daripadaKilang, Badan Kerajaan dan Swasta.

Antara program yang ditawarkan ialah seperti :
1. First Aid Program
2. Program "Industrial Fire Fighting"
3. Program "Emergency Respone Management"
4. Program "Chemical Management"
5. Program "Over Head Crane"
6. Program "Working In Height Place"
7. Program "Confine Space"
8. Program "Safe Handling of Forklift"
9. Program "Safety Audit"

 Sekiranya berminat sila menghubungi En Hasrizan di talian 017-7772613 untuk maklumat lanjut dan kertas cadangan.